Rabu, 31 Disember 2008

Lawak Haiwan 2

Berita Terkini, dilaporkan terdapat 2 ekor katak saling mencintai antara satu sama lain dijumpai di dalam sebatang sungai di Kedah.

Setakan ini sahaja laporan kami dapat pada hari ini. Assalamualaikum dan salam muhibah.

Hoi, hoi! Ke tepi la sikit! Kami nak ambil gambar padang rumput di Switzerland! Bukannya nak ambil gambar kamu semua! Mengacau betul. Eh, besarnya lubang hidung kau. He. He. He.

Selalunye benda yang dikitar semula adalah barang yang dibuat daripada plastik, kertas, dan kaca. Tak tau la pulak yang kuda pun boleh dikitar semula. Kenapalah aku jadi kuda. Menyesalnya aku. Tengok, aku dah dikitar semula menjadi mainan. Aduh! Beratnya budak ni. Dia ni tak exercise ke? 'Krak.... Kruk......'

Selasa, 30 Disember 2008

Lawak Haiwan 1

Senyum itu sedekah. Betul tak? Eh, tersilap pulak. Mooooo........


Cara terkini untuk membersihkan gigi iaitu dengan menggunakan lidah. Slrrppppp.....


Lembu betina:Kita nak pergi ke mana ni bang? Cakap nak pergi berkelah.
Lembu jantan:Ni kita nak pergi la ni sayang. Kita nak pergi ke Port Dickson.
Tinggal 1000 tahun lagi sampai la. Masa sampai nanti mandi la puas-puas.
Ahli Persatuan Lembu Sedunia (APLS) melancar Kempen 'Kurangkan Makan Daging Lembu'. "Kurangkan! Kurangkan! Kurangkan! Kurangkan makan daging lembu!"

'Haiwan' yang dikitar semula dari tetikus. Haiwan apa ni ye. Adakah anda tahu apakah 'haiwan' ini.

Meow....... Maw maw maw........... Mow.......... (terjemahan:Wahai tikus-tikus sekalian, adakah anda semua ingin mati? Aku cakar kang. Terfikir: Rasa macam kena buli macam dalam cerita 'Tom And Jerry' pulak. Sedihnya aku.)

Khamis, 25 Disember 2008

Aktiviti-aktiviti Di Rumah

Selepas aku sembahyang subuh di rumah, aku pergi sapu di beranda sebab ada banyak tahi cicak di atas lantai. Lepas tu aku dengan abang aku main badminton seperti biasa pada setiap hari pada waktu pagi. Masa kakak aku keluar aku mintak dia ganti aku main badminton dengan abang aku. Tapi kakak aku tak nak main dengan abang aku. Lepas tu abang aku main badminton dengan abah pulak. Kedua-dua orang nampak macam sama hebat. Lepas tu abah dengan ibu pergi ke kenduri. Tinggallah aku, Abang Khairul, Kakak Najah, Icah, dengan Fawwaz di rumah. Baru saja ibu dengan abah pergi, Fawwaz pulak bangun. Dia menangis sebab nak ikut ibu. Lepas tu Icah telefon abah sebab nak beritahu yang Fawwaz nak ikut. Masa tu Fawwaz pulak yang menyampuk. Dia cakap dia bukannya nak ikut abah tapi nak ikut ibu. Apa bezanya ibu dengan abah. Sama la tu. Pada pukul 12.50 p.m. abah balik sebab nak jemput kami pergi ke kenduri. Kami bertolak selepas sembahyang zuhur. Lepas aku dengan abang aku habis makan di kenduri, kami pergi masuk ke dalam kereta. Masa tu hujan turun, jadi kami lari lintang-pukang ke kereta. Sakit betul perut aku masa tengah berlari. Lama betul kami tunggu abah, ibu, Kak Najah, Icah, dengan Fawwaz.

Khamis, 18 Disember 2008

Sabtu, 13 Disember 2008

Bermain Badminton

Seperti biasa setiap pagi jika abang aku balik kami akan main badminton. Penat betul aku pagi tadi. Dah nak dekat setengah jam aku main badminton. Mula-mula aku main badminton dengan Kak Najah aku. Penat betul. Tapi tu baru sikit sebab lepas tu lawan dengan Abang Khairul pulak. Bertambah berat la kepenatan aku ni. Tapi aku main jugak sebab takut dekat abang aku. Sebab dia ni garang macam Haji Sidek dalam cerita 'Anak-anak Sidek'. Walaupun memenatkan tapi bagus untuk untuk kesihatan jugak. Betul tak apa yang saya katakan?

Selasa, 9 Disember 2008

Malaysia Kalah!!!!!

Malaysia kalah dengan Vietnam 2-3. Kalau x 2-2 tapi keeper pasukan Malaysia tu yg pelik. Mengada-ngada sangat pergi ke depan sangat masa pemain pasukan Vietnam tendang. Jauh pulak tu. Apalagi, gol la jawabnya. Kami semua marah la. Pasukan Vietnam jugak yg dapat piala tu (aku x ingat nama piala tu. Sorry). Geram betul. Lepas tu kamisemua tengok cerita Pirates Carrabin pulak la (aku x tau nak eja perkataan 'carrabin').

Jumaat, 5 Disember 2008

Blog Tambahan

Mlm ni ibu aku ajar aku cara nak tambah blog. Aku buat blog ni untuk aku buat cerita tentang hiburan seperti 'Upin & Ipin', 'Detective Conan', dan lain-lain lagi. Pendek kata, blog ni untuk hiburan sajalah. Sekarang ni aku nak buang gadget yg x diperlukan lagi di dlm blog aku yg lagi satu yg bertajuk 'Al-Kisah H.K.' blog ke-2 yg dibuat oleh aku.