Rabu, 2 Disember 2009

2 Gambar Yang Memalukan Aku Semasa Lawatan Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA) Di Terengganu

Inilah gambar-gambar tersebut:

Gambar 1:

Gambar 2:

Gambar 1: Gambar tu aku tak berapa malu sangat la. Ada orang kata, "Fuh, bersemangat dia berlari tu!"

Gambar 2:Yang tu memang aku malu sangat. Buat apa pulak dia cium cermin tu. Ramai orang yang gelak. Malu aku!

Selasa, 1 Disember 2009

Crazy Animals

Who say animals can't .......

...wear a pair of spectacles?

...play tennis?

...miss their girlfriends or their boyfriends?

Isnin, 30 November 2009

Susun Huruf

  1. ERTAKE (Kenderaan)
  2. RIAHUMA (Haiwan)
  3. ISKEUR (Benda)
  4. ERBNUI (Nama negara)
  5. LHGAANNAAPGJ (Permainan)
  6. DMHAA (Nama)

Jumaat, 20 November 2009

Teka Negeri

1.







2.







3.








4.



















Jawapan:
1.Terengganu
2.Kedah
3.Melaka
4.Sabah

Khamis, 5 November 2009

Animals

a.








b.







c.







d.









The questions are:
1.Which one is a ferret?
2.Which one is a rat?
3.Which one is a guinea pig?
4.Which one is a mole?










Answers:
1.d 2.a 3.c 4.b

Jumaat, 16 Oktober 2009

Teka Siapakah 2 Orang Ini?


a)Ashley Cole
b)Anelka
c)Alex




a)Inoue Masahiro
b)Onodera Yuusuke
c)Ashikawa Shoichi


Jumaat, 25 September 2009

Kala Malam Bulan Mengambang

Pada suatu malam yang sunyi...Dalam sebuah hutan yang masih terpelihara dari sebarang pencemaran... Kelihatan dua orang sahabat sedang berjalan beriringan kembali dari kenduri walimatul urus.

Tapa:Sodap lauk tadi kan Popa? Aku tambah tiga kali...
Popa:Uii.Namyaknya kau makan Tapa! Aku cuma tambah sepuluh kali je! Ha.He.He.

Tiba-tiba kedengaran satu suara.

HEE...HEE...HEE...

Tapa & Popa:Ark! Tolong!!! Ada hantu..!!
Popa:Hnf.Hnf.Hnf. Adus penatnya...Mongah den!
Tapa:Den pon samo.

HEE.HEE.HEE.

Tapa & Popa:Arghhh!!!
Tapa:Alamak! Hantu tu ikut kita laa...
Popa:Ibundaaa!!!
Tapa:Macam mana ni Popa. Rasa macam makin dekat je.
Popa:Aku pun dah tak larat nak lari lagi dah ni.
Tapa:Eh, nanti dulu?

HEE.HEE.HEE.

Tapa:Baru aku teringat. Telefon aku rupanya yang bunyi laa...
Popa:Aduh...Ado jugak yang kono dongan aku ni kang...! Buat ponat den lari je. Hu.Hu.Hu.


(Dipetik daripada majalah Ana Muslim di bahagian 'Dongeng Haiwan')

Serunding Daging 'Mok'

Hari tu aku ikut mak jalan-jalan belakang rumah. Mula-mula ingatkan mak sabit rumput ke buat reban ayam ke buat perabot. (antara hobi mak) Tapi rupa-rupanya mak pergi kupas buah kelapa. Biasanya kalau dah kupas berbiji-biji ni adalah menu 'special' mak buat tu.

Selepas disoal siasat rupanya mak nak buat serunding daging. Bukan selalu mak nak buat serunding, hari-hari istimewa je. Mesti untuk hari raya yang tak lama lagi ni. Mak buat sendiri menu raya. Jangan harap dia nak beli termasuk la baju raya aku. Kalau mak pandai buat kasut dah tentu kasut aku berjenama 'ZAINAB".

Resepi nak buat serunding daging ni setahu aku cuma perlu santan, daging lembu, cili kering, bawang, dan rempah-rempah lain. Ini setahu aku la, pasal aku tau makan je janji sedap.

Abang dan kakak aku pula bila tahu mak ada projek ni, masa tu la diorang nak cilok menyelamatkan diri. Masa tu la ada kelas tambahan la, nak pergi Pandu Puteri, nak tolong kambing jiran beranak, macam-macam la alasan mereka. Nak harapkan aku apa sangat boleh tolong.

Biasanya bila mak buat serunding mesti masak dalam kuali besar punya. Keluarga ramai kenalah masak banyak. Nak bagi kat saudara-mara lagi. Masa ni la nak promosi masakan sendiri. Untung-untung dapat balasan.

Nak buat serunding ni bukan senang macam masak nasi dalam periuk nasi. Perlukan pengorbanan masa dan tenaga. Cara membuatnya puan-puan, tumiskan bawang dan rempah tadi lepas tu masukkan santan dan daging. Kacau la sampai kering dalam 2 ke 3 jam gitu. Lama jugakan? Tu yang tak ramai nak tolong nak tolong tu.

Biasanya, masa awal-awal masak takde orang tapi bila dah nak siap masak tu ramai pulak yang nak membantu dengan harapan dapat la merasa sikit.

Serunding ni untuk hari raya, bukan untuk dikendurikan masa tu jugak, jadi 'sorry' la. Kalau nak makan tunggu raya. Lepas mak habis masak kami adik beradik pakat-pakat kikis kerak serunding yang melekat kat kuali tu. Dapat la merasa sikit. Yang melekat la best, garing.

Lepas mak angkat dan sejatkan minyaknya, mak simpan serunding tu dalam tin milo dan diletakkan tinggi-tinggi atas almari. Ini untuk tujuan keselamatan maklum la serunding daging ni sentiasa menjadi idaman, takut-takut la dicuri oleh tikus kepala hitam (orang la tu).

Tetapi macamana pun terujanya aku dengan menu hari raya mak, bila raya teruja lagi aku dengan duit raya. Hinggakan aku terlupa mana letaknya senduring daging, mana satu ketupat, mana perginya nasi dagang, dan bagaimana caranya untuk duduk di atas kerusi. Bila dah habis baru aku nyesal tak makan awal-awal.

*Tamat*
(Dipetik daripada majalah Ana Muslim di bahagian 'Pada Suatu Hari')

Puasa

Asri:Ibu, Asri dah habis mandi dah.
Puan Rohaya:Hmm...Baguslah.
Asri:He.He.He.
Alif:Ibu, Asri tak gosok gigi.
Puan Rohaya:Betul ke? Pergi berus gigi sekarang!
Asri:Tak boleh. Asri puasa.
Alif:Kalau macam tu, Asri tak boleh la makan RFC. Nanti abah nak pergi beli RFC.
Asri:Hah!Kenapa tak bagitau?

Khamis, 24 September 2009

Teka-Teki 2

1.Di bumi, ada berapa stesen permainan?
2.Dinding apa yang boleh dimakan?
3.Haiwan apa yang apabila muda, ia jijik. Apabila dewasa, ia disukai ramai?
4.Apakah nama raja kepada semua buah?
5.Bintang di dalam lautan?
6.Haiwan yang paling kaya?
7.Benda yang melindungi muka kita?
8.Bas yang bijak?
9.Ikan yang bersenjata?










Jawapan:
1.4
2.Walnut
3. Rama-rama
4.Nenas
5.Tapak sulaiman
6.Beruang
7.Topeng
8.Bas sekolah
9.Ikan todak

Jumaat, 11 September 2009

Traffic Jam

Sedang Kamal memandu kereta, tiba-tiba kereta di hadapan berhenti secara mengejut.
Kamal:Woi, jalan la!
Wani:Kereta depan yang berhenti!
Kamal:Suruh dia gerak!
Wani:Woi, jalan la!
Amin:Kereta depan yang buat hal! Bukan aku!
Wani:Suruh dia jalan!
Amin:Woi, jalan la!
Ichigo:Buta ke! Tak nampak ke lampu isyarat depan tu warna merah!

Khamis, 10 September 2009

Teka-Teki 1

Apakah benda yang:


1.Buka kain, nampak biji, buka biji nampak batang?
2.Kecil jadi kawan, besar jadi musuh?
3.Apabila kita guna, kita baling. Apabila kita tak guna, kita sangkut?
4.Dari kerabat di raja?
5.Kena buat salah satu daripada rukun Islam?
6.Berbentuk seperti manusia?
7.Tiada nombr 13 di dalamnya?
8.Setelah diisi dengan satu benda, kita akan menatapnya?












Jawapan:
1.Jagung2.Api3.Jala4.Catur5.Dam6.Anak patung7.Jam8.Bingkai gambar

Seloka Bulan Ramadhan

Seorang ayah sedang memukul anak lelakinya di dalam rumah mereka.

Ayah:Berani kau minum air ketum ya!
Anak lelaki:Cek tak minum air ketum. Cek minum air kosong tepi orang yang minum air ketum.
Ayah:Salah jugak sebab kau tak puasa!

Jumaat, 3 Julai 2009

Fesyen-fesyen Kereta

Kereta kasut
Kereta tulang
Kereta badut
Kereta muzik

Jumaat, 26 Jun 2009

Pengikut Dari Negara Asing

Aku berasa terkejut apabila mendapat seorang pengikut yang bernama Shiko. Menurut nama tersebut, saya rasa dia ialah warga Jepun. Melalui map yang aku masukkan dalam blog aku ni, dia tinggal di Tokyo. Aku dah tengok dah blognya. Kalau nak tengok, sila layari www.reiki1315.blogspot.com/

Ahad, 21 Jun 2009

Gambar Sendiri

MTST, Kelantan:Cuba cari 1 benda yang tersembunyi di dalam gambar ini:kereta api.
MTST, Kelantan:Gambar ini diambil oleh Fawwaz. Apa nak jadi dengan dia ni...Ambil gambar kucing sedang buang hajat.

UMT, Terngganu:Cuba teka di manakah aku (Hafizul) berada sekarang.


Cable Car, Pulau Langkawi:Kenapalah dia tutup mata agaknya ye? Rasanya dia takut nak tengok cerita hantu kot. Jangan pandang depan.....

Underwater World, Pulau Langkawi:Bertuah aku dapat pegang seekor penguin yang muslim di Kutub Utara...Rugi korang semua....Kalau nak, hubungi nombor telefon tersebut untuk pergi ke Kutub Utara. Ini nombornya:012-3456789. Semoga berjaya. Eh, Kateh tak rasa sejuk ke?!

Jumaat, 6 Mac 2009

Lawak Haiwan 3


Hello, my name Jerry and I am an alcoholic! (Sebenarnya aku tiru ayat tu di bawah gambar tu).


Tahniah, Sarjan Keroro! Awak telah memenangi pingat emas untuk kejayaan kamu iaitu memusnahkan kumpulan musuh kita, kumpulan tikus dengan satu tembakan sahaja! Awak memang layak menjadi


Miow! Let's the game begin! I am not afraid at you!


Ah, ada seekor King Kong dalam kesusahan! Nampaknya kaki kanannya tercucuk duri pokok bunga mawar. Saya harus menolongnya! Tunggu Kiong Kong, Supersquirrel datang!




Tolong jangan tembak! Aku tak bersalah! Pak Anjing yang curi tulang tu. Lagipun, aku nak buat apa dengan tulang tu, hah? Buat sup tulang!?


Hoi! Apa korang buat ni hah! Nak skodeng aku kencing ke? Cuba buat perkara yang berfaedah sikit. Dah, keluar! Aku nak kencing ni!


Kucing :Happy Halloween! Muahahahahahahahahahahaha!

Anjing :Hoi! Udah la tu! Aku pun nak buat muka hantu di atas labu ni pulak! Bagi aku gergaji tu!

Kucing:Tak nak!

Anjing:Kau nak cari pasal dengan aku ke hah? Bersiap-sedialah untuk mati!

Kucing:Bring it on!

*Memang patut ada istilah 'bagaikan kucing dengan anjing'.*

Khamis, 12 Februari 2009

Ini Ana Ada Sebuah Cerita

Dollah Budak Yang Terlebih Taat
Ada seorang budak lelaki yang bernama Dollah. Dia ialah seorang budak yang taat kepada apa yang disuruh oleh ibunya. Ayahnya telah meninggal dunia. Jadi ibunya lah yang menanggung semua perkara demi keselesaan anaknya.
Pada suatu hari, Dollah akan ke sekolahnya untuk hari yang pertama. Ibunya berpesan kepadanya, "Dollah, bila nak pergi ke sekolah, pergi terus. Bila nak balik ke rumah, balik terus. Jangan pergi merayau-rayau ke sana-sini," pesan ibunya. Sebelum ke sekolah, Dollah salam tangan ibunya, cium pipi ibunya. Kemudian dia pun bertolak ke sekolahnya.

Ketika di sekolah dia belajar pelajaran Pendidikan Islam. Gurunya mengajar tentang syurga dan neraka. Mula-mula cikgu tu ajar tentang syurga dulu. Tentang air sungai 4 jenis la, suasana yang teramat indahlah, Lepas tu cikgu tu kata, "Siapa yang nak masuk syurga, angkat tangan!" kata cikgu tu. Semua murid angkat tangan kecuali Dollah. Cikgunya fikir, "Dollah ni faham ke apa yang aku ajar ni?" fikirnya. Tetapi cikgu tu biar je lah.

Lepas tu cikgu cerita tentang neraka pulak. Punyalah panas tempat tu. Lebih daripada gunung berapi. Lepas tu cikgu tu kata, "Siapa yang tak nak masuk neraka, angkat tangan!" kata cikgu tu. Semua murid angkat tangan termasuk Dollah. Cikgu tu fikir, "Memang Dollah tak faham apa yang aku sedang ajar," fikir cikgu tu. Cikgu tu pergi ke tempat duduk Dollah. "Dollah, kamu faham tak apa yang cikgu sedang ajar?" tanya cikgu tu. "Faham, cikgu!" kata Dollah. "Habis tu kenapa bila cikgu tanya nak masuk ke syurga, kamu tak angkat tangan. Tapi bila cikgu tanya siapa yang tidak mahu masuk ke syurga, kamu baru angkat tangan? Kenapa?" tanya cikgu tu. "Sebab ibu saya pesan, kalau pergi sekolah, pergi terus. Kalau nak balik, balik terus. Jangan nak merayau-rayau," jawab Dollah.
Pulak dah.
Pengajaran:
(Ketika di rumah dengarlah cakap ibu-bapa manakala di sekolah pula dengar cakap guru-guru.)

Sabtu, 3 Januari 2009

Berhenti Untuk Sementara Waktu

Mulai hari ini, aku akan berhenti buat blog untuk sementara waktu. Sebab aku akan UPSR tahun ni. Bukan saja UPSR, tapi ujian percubaan pun sama. Aku akan belajar bersungguh-sungguh tahun ni. Insyaallah.