Sabtu, 13 Disember 2008

Bermain Badminton

Seperti biasa setiap pagi jika abang aku balik kami akan main badminton. Penat betul aku pagi tadi. Dah nak dekat setengah jam aku main badminton. Mula-mula aku main badminton dengan Kak Najah aku. Penat betul. Tapi tu baru sikit sebab lepas tu lawan dengan Abang Khairul pulak. Bertambah berat la kepenatan aku ni. Tapi aku main jugak sebab takut dekat abang aku. Sebab dia ni garang macam Haji Sidek dalam cerita 'Anak-anak Sidek'. Walaupun memenatkan tapi bagus untuk untuk kesihatan jugak. Betul tak apa yang saya katakan?

Tiada ulasan: