Khamis, 25 Disember 2008

Aktiviti-aktiviti Di Rumah

Selepas aku sembahyang subuh di rumah, aku pergi sapu di beranda sebab ada banyak tahi cicak di atas lantai. Lepas tu aku dengan abang aku main badminton seperti biasa pada setiap hari pada waktu pagi. Masa kakak aku keluar aku mintak dia ganti aku main badminton dengan abang aku. Tapi kakak aku tak nak main dengan abang aku. Lepas tu abang aku main badminton dengan abah pulak. Kedua-dua orang nampak macam sama hebat. Lepas tu abah dengan ibu pergi ke kenduri. Tinggallah aku, Abang Khairul, Kakak Najah, Icah, dengan Fawwaz di rumah. Baru saja ibu dengan abah pergi, Fawwaz pulak bangun. Dia menangis sebab nak ikut ibu. Lepas tu Icah telefon abah sebab nak beritahu yang Fawwaz nak ikut. Masa tu Fawwaz pulak yang menyampuk. Dia cakap dia bukannya nak ikut abah tapi nak ikut ibu. Apa bezanya ibu dengan abah. Sama la tu. Pada pukul 12.50 p.m. abah balik sebab nak jemput kami pergi ke kenduri. Kami bertolak selepas sembahyang zuhur. Lepas aku dengan abang aku habis makan di kenduri, kami pergi masuk ke dalam kereta. Masa tu hujan turun, jadi kami lari lintang-pukang ke kereta. Sakit betul perut aku masa tengah berlari. Lama betul kami tunggu abah, ibu, Kak Najah, Icah, dengan Fawwaz.

Tiada ulasan: