Khamis, 12 Februari 2009

Ini Ana Ada Sebuah Cerita

Dollah Budak Yang Terlebih Taat
Ada seorang budak lelaki yang bernama Dollah. Dia ialah seorang budak yang taat kepada apa yang disuruh oleh ibunya. Ayahnya telah meninggal dunia. Jadi ibunya lah yang menanggung semua perkara demi keselesaan anaknya.
Pada suatu hari, Dollah akan ke sekolahnya untuk hari yang pertama. Ibunya berpesan kepadanya, "Dollah, bila nak pergi ke sekolah, pergi terus. Bila nak balik ke rumah, balik terus. Jangan pergi merayau-rayau ke sana-sini," pesan ibunya. Sebelum ke sekolah, Dollah salam tangan ibunya, cium pipi ibunya. Kemudian dia pun bertolak ke sekolahnya.

Ketika di sekolah dia belajar pelajaran Pendidikan Islam. Gurunya mengajar tentang syurga dan neraka. Mula-mula cikgu tu ajar tentang syurga dulu. Tentang air sungai 4 jenis la, suasana yang teramat indahlah, Lepas tu cikgu tu kata, "Siapa yang nak masuk syurga, angkat tangan!" kata cikgu tu. Semua murid angkat tangan kecuali Dollah. Cikgunya fikir, "Dollah ni faham ke apa yang aku ajar ni?" fikirnya. Tetapi cikgu tu biar je lah.

Lepas tu cikgu cerita tentang neraka pulak. Punyalah panas tempat tu. Lebih daripada gunung berapi. Lepas tu cikgu tu kata, "Siapa yang tak nak masuk neraka, angkat tangan!" kata cikgu tu. Semua murid angkat tangan termasuk Dollah. Cikgu tu fikir, "Memang Dollah tak faham apa yang aku sedang ajar," fikir cikgu tu. Cikgu tu pergi ke tempat duduk Dollah. "Dollah, kamu faham tak apa yang cikgu sedang ajar?" tanya cikgu tu. "Faham, cikgu!" kata Dollah. "Habis tu kenapa bila cikgu tanya nak masuk ke syurga, kamu tak angkat tangan. Tapi bila cikgu tanya siapa yang tidak mahu masuk ke syurga, kamu baru angkat tangan? Kenapa?" tanya cikgu tu. "Sebab ibu saya pesan, kalau pergi sekolah, pergi terus. Kalau nak balik, balik terus. Jangan nak merayau-rayau," jawab Dollah.
Pulak dah.
Pengajaran:
(Ketika di rumah dengarlah cakap ibu-bapa manakala di sekolah pula dengar cakap guru-guru.)