Jumaat, 25 September 2009

Kala Malam Bulan Mengambang

Pada suatu malam yang sunyi...Dalam sebuah hutan yang masih terpelihara dari sebarang pencemaran... Kelihatan dua orang sahabat sedang berjalan beriringan kembali dari kenduri walimatul urus.

Tapa:Sodap lauk tadi kan Popa? Aku tambah tiga kali...
Popa:Uii.Namyaknya kau makan Tapa! Aku cuma tambah sepuluh kali je! Ha.He.He.

Tiba-tiba kedengaran satu suara.

HEE...HEE...HEE...

Tapa & Popa:Ark! Tolong!!! Ada hantu..!!
Popa:Hnf.Hnf.Hnf. Adus penatnya...Mongah den!
Tapa:Den pon samo.

HEE.HEE.HEE.

Tapa & Popa:Arghhh!!!
Tapa:Alamak! Hantu tu ikut kita laa...
Popa:Ibundaaa!!!
Tapa:Macam mana ni Popa. Rasa macam makin dekat je.
Popa:Aku pun dah tak larat nak lari lagi dah ni.
Tapa:Eh, nanti dulu?

HEE.HEE.HEE.

Tapa:Baru aku teringat. Telefon aku rupanya yang bunyi laa...
Popa:Aduh...Ado jugak yang kono dongan aku ni kang...! Buat ponat den lari je. Hu.Hu.Hu.


(Dipetik daripada majalah Ana Muslim di bahagian 'Dongeng Haiwan')

Serunding Daging 'Mok'

Hari tu aku ikut mak jalan-jalan belakang rumah. Mula-mula ingatkan mak sabit rumput ke buat reban ayam ke buat perabot. (antara hobi mak) Tapi rupa-rupanya mak pergi kupas buah kelapa. Biasanya kalau dah kupas berbiji-biji ni adalah menu 'special' mak buat tu.

Selepas disoal siasat rupanya mak nak buat serunding daging. Bukan selalu mak nak buat serunding, hari-hari istimewa je. Mesti untuk hari raya yang tak lama lagi ni. Mak buat sendiri menu raya. Jangan harap dia nak beli termasuk la baju raya aku. Kalau mak pandai buat kasut dah tentu kasut aku berjenama 'ZAINAB".

Resepi nak buat serunding daging ni setahu aku cuma perlu santan, daging lembu, cili kering, bawang, dan rempah-rempah lain. Ini setahu aku la, pasal aku tau makan je janji sedap.

Abang dan kakak aku pula bila tahu mak ada projek ni, masa tu la diorang nak cilok menyelamatkan diri. Masa tu la ada kelas tambahan la, nak pergi Pandu Puteri, nak tolong kambing jiran beranak, macam-macam la alasan mereka. Nak harapkan aku apa sangat boleh tolong.

Biasanya bila mak buat serunding mesti masak dalam kuali besar punya. Keluarga ramai kenalah masak banyak. Nak bagi kat saudara-mara lagi. Masa ni la nak promosi masakan sendiri. Untung-untung dapat balasan.

Nak buat serunding ni bukan senang macam masak nasi dalam periuk nasi. Perlukan pengorbanan masa dan tenaga. Cara membuatnya puan-puan, tumiskan bawang dan rempah tadi lepas tu masukkan santan dan daging. Kacau la sampai kering dalam 2 ke 3 jam gitu. Lama jugakan? Tu yang tak ramai nak tolong nak tolong tu.

Biasanya, masa awal-awal masak takde orang tapi bila dah nak siap masak tu ramai pulak yang nak membantu dengan harapan dapat la merasa sikit.

Serunding ni untuk hari raya, bukan untuk dikendurikan masa tu jugak, jadi 'sorry' la. Kalau nak makan tunggu raya. Lepas mak habis masak kami adik beradik pakat-pakat kikis kerak serunding yang melekat kat kuali tu. Dapat la merasa sikit. Yang melekat la best, garing.

Lepas mak angkat dan sejatkan minyaknya, mak simpan serunding tu dalam tin milo dan diletakkan tinggi-tinggi atas almari. Ini untuk tujuan keselamatan maklum la serunding daging ni sentiasa menjadi idaman, takut-takut la dicuri oleh tikus kepala hitam (orang la tu).

Tetapi macamana pun terujanya aku dengan menu hari raya mak, bila raya teruja lagi aku dengan duit raya. Hinggakan aku terlupa mana letaknya senduring daging, mana satu ketupat, mana perginya nasi dagang, dan bagaimana caranya untuk duduk di atas kerusi. Bila dah habis baru aku nyesal tak makan awal-awal.

*Tamat*
(Dipetik daripada majalah Ana Muslim di bahagian 'Pada Suatu Hari')

Puasa

Asri:Ibu, Asri dah habis mandi dah.
Puan Rohaya:Hmm...Baguslah.
Asri:He.He.He.
Alif:Ibu, Asri tak gosok gigi.
Puan Rohaya:Betul ke? Pergi berus gigi sekarang!
Asri:Tak boleh. Asri puasa.
Alif:Kalau macam tu, Asri tak boleh la makan RFC. Nanti abah nak pergi beli RFC.
Asri:Hah!Kenapa tak bagitau?

Khamis, 24 September 2009

Teka-Teki 2

1.Di bumi, ada berapa stesen permainan?
2.Dinding apa yang boleh dimakan?
3.Haiwan apa yang apabila muda, ia jijik. Apabila dewasa, ia disukai ramai?
4.Apakah nama raja kepada semua buah?
5.Bintang di dalam lautan?
6.Haiwan yang paling kaya?
7.Benda yang melindungi muka kita?
8.Bas yang bijak?
9.Ikan yang bersenjata?










Jawapan:
1.4
2.Walnut
3. Rama-rama
4.Nenas
5.Tapak sulaiman
6.Beruang
7.Topeng
8.Bas sekolah
9.Ikan todak

Jumaat, 11 September 2009

Traffic Jam

Sedang Kamal memandu kereta, tiba-tiba kereta di hadapan berhenti secara mengejut.
Kamal:Woi, jalan la!
Wani:Kereta depan yang berhenti!
Kamal:Suruh dia gerak!
Wani:Woi, jalan la!
Amin:Kereta depan yang buat hal! Bukan aku!
Wani:Suruh dia jalan!
Amin:Woi, jalan la!
Ichigo:Buta ke! Tak nampak ke lampu isyarat depan tu warna merah!

Khamis, 10 September 2009

Teka-Teki 1

Apakah benda yang:


1.Buka kain, nampak biji, buka biji nampak batang?
2.Kecil jadi kawan, besar jadi musuh?
3.Apabila kita guna, kita baling. Apabila kita tak guna, kita sangkut?
4.Dari kerabat di raja?
5.Kena buat salah satu daripada rukun Islam?
6.Berbentuk seperti manusia?
7.Tiada nombr 13 di dalamnya?
8.Setelah diisi dengan satu benda, kita akan menatapnya?












Jawapan:
1.Jagung2.Api3.Jala4.Catur5.Dam6.Anak patung7.Jam8.Bingkai gambar

Seloka Bulan Ramadhan

Seorang ayah sedang memukul anak lelakinya di dalam rumah mereka.

Ayah:Berani kau minum air ketum ya!
Anak lelaki:Cek tak minum air ketum. Cek minum air kosong tepi orang yang minum air ketum.
Ayah:Salah jugak sebab kau tak puasa!