Khamis, 29 April 2010

Kami Dapat Bercuti

Selamat pagi wahai 'Laman Hiburan', sudah berama lamakah kamu telah berehat? Hampir 5 bulan bukan? Akhirnya, aku berpeluang untuk mengisi sesuatu di dalam diariku ini. Bulan ini, aku dengan Khairul (abang) dapat becuti selama 5 hari iaitu dari hari Rabu hingga Ahad. Alhamdulillah. Kami telah tiba di Terengganu dari Kelantan dengan selamat dengan menaiki bas. Masa untuk tiba di sana mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih.Kami tiba di sana pada pukul 9 malam. Keluar saja dari perut bas, abah datang menjemput kami. Kami cuma membawa pulang 3 buah beg sahaja. Jadi, kuranglah sikit beban kami. Sebelum pulang ke rumah, kami pergi melihat abah main badminton dahulu.