Sabtu, 13 Mac 2010

Teka-Teki 3

1.Terdapat sebuah kapal terbang sedang terbang di langit. Mereka ingin pergi ke Jepun. Di dalam kapal terbang tersebut terdapat seorang juruterbang, seorang budak lelaki, seorang budak perempuan, dua orang arkitek, dan seorang raja. Tiba-tiba kapal terbang tersebut terhempas. Semua penumpang mati kecuali salah seorang daripada mereka tidak mati. Siapakah dia dan mengapa?

2.Pakai singlet, berseluar pendek, kaki kanan pakai kasut sukan manakala kaki kiri pakai selipar, pakai topi cowboy, berambut panjang, dan memakai topeng ultraman Dyna. Siapakah dia?

3.Huruf 'i' yang berwarna hitam dan putih dan warna hitam lebih besar daripada warna putih.






Jawapan:

1.Raja kerana kalau raja meninggal, kita tak panggil mati tetapi mangkat.
2.Orang gila.
3.Tahi cicak.